IPOH – Perak masih merekodkan kadar penduduk berusia 65 tahun ke atas tertinggi di Malaysia dengan 10.2 peratus atau kira-kira 267,600 orang daripada keseluruhan 2.6 juta penduduk negeri itu pada 2025.
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan penuaan penduduk di Perak bukan lagi sekadar jangkaan masa depan, sebaliknya realiti yang sedang berlaku dan memerlukan pengurusan menyeluruh.
Katanya, daerah Kampar mencatat kadar penduduk berusia 65 tahun ke atas lebih tinggi iaitu 12.6 peratus pada 2025, sekali gus menjadikannya daerah antara daerah dengan kadar penuaan penduduk tertinggi di negara ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





