Kerajaan Negeri Perak telah mengusulkan permohonan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Persekutuan sebagai memperkasakan lagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula tahun hadapan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu telah dipohon kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, sekiranya ia diluluskan, peruntukan itu akan disalurkan kepada Program Tanya Cikgu Saarani yang akan melibatkan penganjuran program serta aktiviti untuk golongan sasar bersama institusi serta pemain industri TVET. -MGPerak