Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah mengambil langkah sewajarnya dengan memperketatkan sistem keselamatan urusan pindah milik tanah menerusi aplikasi e-Tanah dan mengemukakan geran hak milik tanah yang asal sahaja.
Pengarahnya, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan berlakunya isu penyelewengan dalam urusan pemindahan hak milik tanah seperti mana yang berlaku di Selangor baru-baru ini.
Menurutnya, langkah kawalan keselamatan melalui pendaftaran identiti digital (ID) melibatkan pegawai dan kakitangan PTG turut dilaksanakan supaya proses permohonan pindah milik tanah dapat dilindungi tanpa berlaku salah guna kuasa. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak