IPOH – Kerajaan Negeri Perak menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh agenda pemerkasaan golongan wanita melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosial dan ekonomi.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, wanita bukan sahaja perlu diberi ruang, malah mereka adalah pemacu utama ke arah negeri yang lebih makmur dan sejahtera. -MGPerak





