IPOH – Kerajaan Perak akan terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti industri bagi memastikan sektor pembuatan di negeri kekal berdaya saing khususnya dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tumpuan itu termasuk memastikan proses kelulusan lebih cekap, penyelarasan antara agensi, selain penyediaan jaringan logistik serta tenaga kerja berkemahiran.
Justeru katanya, hubungan erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) penting bagi memastikan pandangan dan keperluan pemain industri dapat disampaikan untuk tindakan bersama. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





