MGPerak: Perak Pertama Perkenal Diploma TVET Pengurusan Mutawwif Dan Ziarah Untuk Pelajar Tahfiz

157

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan Program Diploma Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pengurusan Mutawwif dan Ziarah sebagai pilihan alternatif kepada anak-anak tahfiz.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program itu bukan sahaja membolehkan mereka dikenali sebagai penghafaz al-Quran, tetapi turut melengkapkan golongan berkenaan dengan kemahiran yang relevan, bernilai tambah dan berdaya saing, agar bersedia menghadapi cabaran kehidupan dan kerjaya masa depan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri melalui agenda Koridor TVET Malaysia memberi fokus untuk menjadikan TVET bukan hanya latihan kemahiran teknikal, tetapi satu inisiatif bersepadu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berdisiplin dan mampu mengisi keperluan industri. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini