IPOH – Pelancongan waktu malam dilihat antara fokus baharu di Perak bagi memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pilihan pelancong, khususnya di peringkat antarabangsa.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, negeri ini mempunyai kekuatan dalam pelancongan domestik dan pelbagai usaha sedang dijalankan termasuk meningkatkan penganjuran acara dan aktiviti pada waktu malam.
Menurutnya, Perak secara keseluruhannya sudah terkenal dengan kepelbagaian makanan serta keindahan alam semula jadi tetapi masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperkukuh khususnya dalam sektor pelancongan. -MGPerak





