GERIK – Kerajaan Negeri Perak akan mempertimbangkan untuk memasukkan perkembangan semasa dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai intipati khutbah Jumaat dalam masa terdekat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk terus mempromosi serta memperluaskan pendedahan mengenai potensi bidang berkenaan kepada ibu bapa. -MGPerak