IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan RM10 juta bagi institusi pendidikan Islam pada tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan institusi tersebut tidak terpinggir.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali yang mengandaikan bahawa kerajaan negeri tidak prihatin di atas keperluan institusi pendidikan Islam di negeri ini.
Katanya, peruntukan itu melebihi jumlah yang diberikan kepada sembilan sekolah persendirian Cina (SUWA) sebanyak RM1.8 yang dibangkitkan Noor Azman pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025. -MGPerak