MGPerak: Perak Sasar 1.8 Juta Penduduk Daftar PADU

283

Kerajaan Negeri Perak menyasarkan 1.8 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negeri ini untuk mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) menjelang akhir Mac depan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan membantu rakyat mendaftar dalam sistem PADU dengan kerjasama agensi-agensi terlibat.

Menurut beliau, melalui statistik yang dikemaskini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam, Perak menjadi negeri ketiga tertinggi mendaftar dalam sistem itu melibatkan 45,655 penduduk sejak dilancarkan pada Selasa lalu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

1 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini