Kerajaan negeri Perak menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menyasarkan RM991 juta hasil kutipan tanah pada tahun ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasil kutipan ini dijangka meningkat susulan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dipertingkatkan melalui pendekatan Kerajaan Digital.
Menurutnya, sistem tersebut membolehkan urusan tanah dilaksanakan secara dalam talian, memudahkan rakyat dan menjimatkan masa. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030