IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang bekerjasama dengan Persekutuan dalam meneliti kaedah terbaik bagi mengelakkan daripada berlakunya kecurian terhadap bahan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, justeru kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengadakan bengkel dalam mewujudkan inisiatif daripada sudut perundangan terhadap tindakan yang tidak bermoral itu. – MGPerak