Daripada batu kapur kepada sabun pencuci, inovasi Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berjaya mengubah sisa kapur karbida kepada batu kapur sintetik bergred tinggi sehingga terhasilnya produk komersial mesra alam, CalClean.
Inovasi menerusi Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada sisa industri, malah memperlihatkan potensi dalam menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial kepada masyarakat. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #CalClean #KitarSemulaSisaKapurKarbida





