Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengambil langkah perlu bagi membantu menyelesaikan isu pemilikan lesen pendudukan sementara (LPS) yang dihadapi pengusaha dan penternak kerang di beberapa kawasan pesisir negeri ini.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, masalah itu turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akuakultur Negeri baru-baru ini. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #penternakkerang