MGPerak: Perak Sedia Bantu Pesara Tentera Ceburi Bidang Keusahawanan

36

Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk membantu dan memudahcara para pesara tentera yang berminat menceburi bidang keusahawanan selepas mereka tamat perkhidmatan masing-masing.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, untuk itu kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 bagi pesara-pesara tentera yang tamat menjalani Program Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Katanya, peruntukan itu disalurkan antaranya melibatkan bantuan untuk mendapatkan peralatan perniagaan seperti kerusi, meja atau barang-barang elektronik lain yang diperlukan. -MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini