Kerajaan Perak akan menyediakan dua kertas kerja berhubung cadangan untuk menambah baik laluan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli termasuk mempertimbangkan menaik taraf Hospital Gerik kepada kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco pada Rabu.
Menurutnya, dua Exco akan terlibat secara langsung dalam penyediaan kertas kerja tersebut iaitu yang Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin INTAP dan Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #kemalangan #upsi