MGPerak: Perak Siasat Dakwaan Penggunaan Baja Mentah Punca Gangguan Lalat

36

KAMPAR – Kerajaan negeri Perak akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan penggunaan tinja ayam yang tidak diproses sebagai baja tanaman, yang disyaki menjadi antara punca gangguan lalat di Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa di sini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pengusaha terlibat sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran peraturan berkaitan penggunaan bahan itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri akan mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti pertanian di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini