Kerajaan Negeri Perak memutuskan meneruskan penganjuran Rimba Raid di Lenggong bagi tempoh dua tahun lagi selepas kejayaan Rimba Raid Lenggong 2024, Ogos lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri turut mempertimbang permintaan pengusaha penginapan dan produk pelancongan di Lenggong agar acara sukan lasak itu diteruskan serta dimasukan di dalam kalendar pelancongan tempatan. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak