MGPerak: Perak Teruskan Program Bantuan Sara Diri, Bantuan Kecemasan Mahasiswa Berjumlah RM4 Juta

67

Kerajaan negeri meneruskan program Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa bagi tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM4 juta sebagai komitmen memperkasa kebajikan mahasiswa anak Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif berkenaan bagi memberi manfaat kepada mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Katanya, Bantuan Sara Diri diberikan mengikut peringkat pengajian, iaitu RM500 bagi pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda (RM700), Sarjana (RM800) dan Doktor Falsafah (RM1,000). -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #ProgramBantuanSaraDiri #mahasiswaanakperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini