Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap dua ekor gajah liar yang menimbulkan kacau ganggu di beberapa kampung Orang Asli Pos Perwor, dekat Kuala Mu, Sungai Siput pada bulan lalu.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, kedua-dua ekor gajah jantan dan betina itu ditangkap oleh Unit Tangkapan Gajah pada jam 11 pagi Rabu lalu selepas menerima aduan daripada penduduk.
Menurutnya, gajah liar yang ditangkap itu diberi nama Yong Shida, berusia 35 tahun dengan berat 2.3 tan dan gajah jantan, Yob Talang berusia 20 tahun dengan berat 2.5 tan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak