IPOH – Projek pembangunan Perpustakaan Digital Perak dijangka siap sepenuhnya Disember ini dan akan diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) pada tahun hadapan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan telah dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Kewangan Negeri. -MGPerak