Kerajaan Negeri Perak buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Perundingan Wanita Perak 2025 yang akan menjadi platform strategik bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan wanita.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 23 Februari ini turut mengetengahkan isu dan cadangan signifikan berkaitan wanita untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, persidangan ini adalah kesinambungan daripada Program Wanita Inspirasi Negeri Perak (WINP) iaitu program inisiatif berteraskan pembangunan kepimpinan dan pemerkasaan wanita di Perak. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak