IPOH – Penghidap kanser dinasihakan supaya tidak menyendiri atau mengasingkan diri daripada masyarakat sebaliknya perlu tampil untuk mendapatkan sokongan sosial menerusi komuniti atau persatuan berkaitan.
Pengerusi Persatuan Sahabat Pejuang Kanser Negeri Perak, Roshila Mohd Rozlan berkata, mereka sememangnya memerlukan bimbingan daripada sudut fizikal dan mental bagi melawan penyakit berkenaan. -MGPerak