MGPerak: Pesara Tentera Mengaku Tidak Salah Rogol Anak Kandung Hingga Hamil

66

Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas kesalahan melakukan amang seksual dan merogol anak kandung sehingga hamil sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga kertas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim, Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 di sebuah rumah di kawasan perumahan di Batu Gajah, dalam Daerah Kampar sekitar jam 11.30 malam, pada pertengahan Disember 2024. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini