MGPerak: PGA Serbu Kilang Haram Proses E-Waste, Nilai Rampasan RM1.3 Bilion

161

Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya membongkar aktiviti memproses bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.3 bilion di sebuah kilang haram di sini, pada Sabtu.

Rampasan di kilang memproses barangan terjadual seperti timah, besi dan alumunium di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang itu turut melibatkan pelbagai mesin, jentera dan kenderaan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, ia hasil risikan selama sebulan dan serbuan yang dijalankan pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menerusi Op Hazard, sekitar jam 9.30 pagi. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #ewaste

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini