Pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini disaran memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu pembangunan sukan menerusi pelbagai inisiatif termasuk penajaan akademi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak korporat mampu melonjakkan lagi kualiti sukan negeri agar lebih berdaya saing pada masa hadapan.
Katanya, penajaan oleh enam syarikat swasta terhadap Akademi Ragbi Ipoh (ARAI) merupakan salah satu langkah yang mampu membuka ruang kepada lebih banyak pihak tampil menyokong pembangunan sukan di negeri ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #sukannegeriPerak #AkademiRagbiIpoh





