Polis Perak bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan segala persiapan berhubung keselamatan dan ketenteraman awam diutamakan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah dan pegawai-pegawai PDRM baru-baru ini, mereka telah membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kelancaran proses PRK ini. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #pilihanraya