TAPAH – Kawalan keselamatan sekitar Bukit Bangkong Tanah Hitam, di Chemor dipertingkatkan bagi memastikan tiada pemburu haram atau mana-mana individu memasuki kawasan tersebut.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, ia susulan laporan mengenai kemunculan harimau yang didakwa membaham ternakan penduduk awal Disember lalu. -MGPerak





