IPOH – Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong, dekat sini yang dijadikan makmal pemprosesan dadah membabitkan rampasan bernilai RM337,683, pada Rabu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil risikan dan maklumat, enam anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak telah menyerbu kediaman berkenaan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, pada jam 8.25 malam. – MGPerak