Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir turut melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, hari ini.
Mohamad Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Yusri yang memakai baju bercorak batik berwarna kelabu tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong, di sini, pada jam 8.50 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.
Sementara itu, Ustaz Yusri ketika ditemui pemberita selepas mengundi berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses mengundi yang dijalankan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak