MGPerak: PRK Ayer Kuning: Pemuda MCA Guna Pendekatan Kempen Serampang Dua Mata

69

Pemuda MCA menggunakan pendekatan serampang dua mata bagi mendekati pengundi muda berbangsa Cina sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, kaedah kempen yang digunakan adalah secara fizikal iaitu dari rumah ke rumah, serta kaedah atas talian menerusi media sosial.

Katanya, meskipun berhadapan cabaran ketidakpastian reaksi pengundi muda Cina yang berada di luar, namun pihaknya sentiasa berusaha untuk terus memastikan mereka dapat pulang ke kampung dan membuang undi pada Sabtu ini. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini