MGPerak: PRK Ayer Kuning: Pengundi Perlu Bijak Pilih Calon Kerajaan

168

IPOH – Walaupun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri, namun pengundi disaran membuat keputusan bijak dalam memilih calon daripada parti kerajaan nanti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana hanya calon parti kerajaan dapat meneruskan legasi pembangunan kawasan yang ditinggalkan penyandang terdahulu.

Katanya, penyandang kerusi DUN Ayer Kuning telah memberikan khidmat baik sejak diwakili Allahyarham Datuk Azman Mahalan pada tahun 1986 hingga 2004, Datuk Samsudin Abu Hassan (2004 hingga 2022) serta Allahyarham Ishsam Shahruddin (2022 hingga 2025). -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini