MGPerak: PRK Ayer Kuning: Ustaz Yusri berhasrat perkasakan TVET

175

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir berhasrat untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri berkata, hasrat itu juga sama sebagaimana yang pernah dinyatakan bekas penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Sebagai yang mempunyai latar belakang sebagai pendidik, beliau berkata usaha itu secara langsung akan membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini