MGPerak: Program Jom Raya: 200 Peserta eKasih Terima Baucar RM400

58

GOPENG – Seramai 200 peserta eKasih terpilih menerima baucar bernilai RM400 menerusi Program Jom Raya di bawah inisiatif Sejahtera MADANI yang diadakan bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Sejahtera MADANI yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat khususnya golongan B40. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini