TANJUNG MALIM – Proton Holdings Bhd (PROTON) selangkah ke hadapan dalam menyokong rancangan perindustrian kenderaan elektrik (EV) apabila memulakan pembinaan kilang EV pertamanya di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), di sini.
Fasiliti dengan pelaburan berjumlah RM82 juta itu bakal menghasilkan pelbagai model kenderaan tenaga baharu (NEV) bagi pasaran tempatan dan eksport.
Syarikat automotif nasional tersebut menyasarkan fasa pertama pelan pemasangan EV dapat disiap pada akhir 2025, dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun. -MGPerak