Kerajaan Negeri Perak menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) telah melakukan pelbagai penambahbaikan pengurusan bagi mengelak insiden Tanah Rizab Melayu (TRM) bertukar status berulang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu termasuk penggunaan laman e-Tanah Perak dan sebagainya dalam usaha mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa.