IPOH – Sekali pandang, hidangan nasi lemak, ais kacang dan kuih-muih yang dipamerkan kelihatan enak seperti makanan sebenar, namun, siapa sangka, semua itu hanyalah replika makanan yang dihasilkan daripada adunan doh tepung jagung.
Hasil seni kreatif ini bukan sahaja menampilkan kehalusan dan realisme yang menakjubkan, malah menjadi sumber rezeki bagi penggiat kraf tangan tempatan, Rifasyariah Abdul Rashid, 51, anak jati Chenderong Balai, Teluk Intan. -MGPerak





