MGPerak: RM3.96 Juta Dana Bantuan Makanan Percuma TCS Untuk 27,432 Pelajar

21

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan dana sejumlah RM3.96 juta bagi meneruskan program Bantuan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) kepada calon peperiksaan utama di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program yang masuk tahun kelima itu melibatkan 27,432 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pelajar Kolej Vokasional seluruh negeri.

Menurut beliau, jumlah dana tersebut meningkat sebanyak RM540,000 berbanding RM3.42 juta yang diperuntukkan pada tahun 2024. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini