Kerajaan negeri Perak menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan meneruskan Program Belang Tarung Tiga Warna – Extended Versions 2.0 2025 dengan peruntukan sebanyak RM500,000.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, beberapa pendekatan dan perancangan diatur bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan program tersebut.
Menurutnya, pada masa sama, MSN Perak juga telah mula giat membuat persiapan menuju Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak