Dianggarkan sebanyak RM800,000 jumlah terkumpul tunggakan sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Perak yang direkodkan setakat ini.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, jumlah itu melibatkan sikap culas penghuni di 16 PPR seluruh negeri dengan ada antara mereka yang merekodkan tunggakan sewa sehingga RM4,000.
Katanya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) mengambil beberapa tindakan perlu dalam usaha mengurangkan kadar tunggakan sewa berkenaan. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak