IPOH – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh soal kesejahteraan rakyat menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) disifatkan sebagai tepat pada masanya oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Antara intipati utama yang menjadi tumpuan ialah pembinaan sejuta unit rumah mampu milik di seluruh negara serta kesinambungan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). -MGPerak