IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan bahawa keputusan menentukan senarai menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet baharu Kerajaan Madani adalah prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas spekulasi mengenai Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang disebut-sebut bakal mengisi barisan Kabinet terbaharu kerajaan. -MGPerak





