TERLETAK di dalam daerah Batang Padang, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bekas Perajurit Bidor merupakan tanah kurniaan Sultan Perak ke-33, Almarhum Sultan Idris Shah II dalam menghargai jasa bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kawasan ini dianugerahkan kepada 385 bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1987 sebelum namanya ditukar kepada Taman Seri Bidor selepas dibangun kawasan perumahan oleh pemaju sekitar tahun 1992.
Rentetan itu pelbagai usaha dilakukan oleh pemilik yang merupakan bekas anggota ATM bersama Persatuan Veteran (PV) ATM, Perak agar nama RPT Bekas Perajurit Bidor dapat dikembalikan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #RancanganPerkampunganTersusun





