LUMUT – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam empat serbuan iaitu masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, malam tadi.
Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, ia hasil pemeriksaan ke atas 82 warga asing dalam satu operasi yang bermula pada jam 11 malam Jumaat dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak