Kerajaan Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Safuan Raba’ai yang dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri berkuat kuasa 28 Oktober lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Mohamad Fauzi Mahson yang bersara wajib pada bulan sama.
Katanya, kerajaan negeri yakin Safuan akan membantu melonjakkan sektor pendidikan negeri di samping terus memperkasa segala inisatif yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri khususnya Program Tuisyen Cikgu Saarani. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak