Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Pangkor Berhad (KPB), pada Ahad sebagai usaha merancakkan lagi industri pelancongan di pulau peranginan berkenaan.
Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, Azizi Mustafa bersama Pengerusi KPB, Azmi Abd Hamid sambil disaksikan kira-kira 10 ahli lembaga koperasi di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor, dekat sini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak