Suasana pilu dan laungan Allahuakbar menyelubungi kejadian nahas mengorbankan sembilan anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat sini pada Selasa.
Menurut saksi, Noor’ Ain Asyiqin Abdul Khalel, 39, dalam kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu situasi pada awalnya panik bertukar sayu apabila kelihatan rakan-rakan sepasukan cuba menyelamatkan mangsa.
Katanya, semasa kejadian dia sedang memasak di kedai yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #nahasfru