MGPerak: Semangat 18,000 Untuk BN Selari Sasaran Undian Kekal Kemenangan Dun Ayer Kuning

54

Barisan Nasional (BN) menyasarkan 18,000 undian bagi memastikan kemenangan parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sasaran berkenaan selari dengan keputusan yang diperoleh parti berkenaan bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menurut Saarani, mengikut data pada PRU lalu sebanyak 75 peratus pengundi Ayer Kuning keluar mengundi dan BN menang dengan 9,088 bilangan undi manakala PH 6,875 undi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini