IPOH – Bersempena bulan kemerdekaan, komuniti Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tanjung Damai, Ulu Kinta di sini berganding bahu memasang bendera di simpang utama jalan masuk ke kawasan berkenaan.
Pengerusi Penduduk dan Surau RPT Tanjung Damai, Jamaludin Abdul Karim berkata, mereka yang terdiri daripada pesara kerajaan dan swasta bekerjasama menjayakan aktiviti tersebut yang diadakan pada setiap tahun.
Pemasangan bendera ini secara tidak langsung menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan penduduk sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. – MGPerak