LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang menerima Anugerah Seniman Negara kesembilan pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, anugerah yang diterima Seniman Diraja Perak itu sebagai satu kebangaan buat negeri. -MGPerak